Jumaat, 13 April 2012

kenapa perlu iri hati? sham kamikaze difitnah


Gambar bersama isteri sebenar..

Baru-baru ni kita dengar cerita pasal Ustaz idrus difitnah dan kali ni sham kamikaze pula difitnah dengan ada salah seorang celebriti semoga orang yang menfitnah itu dapat hidayah ~

Sham kamikaze difitnah berkahwin baru semoga tuan punya blog ni
link
tak usah lah dengar sebelah pihak sahaja okie :) dan jangan lah asyik nak jatuh kan semua artis..k..

pengakuan daripada sham kamikaze

Assalamualaikum wbt. Saya mendapat byk pertanyaan berkenaan isu yg hangat diperkatakan sepanjang hari ini. Apa yg menghairankan saya ialah sejak bila kita dididik untuk mengambil tahu hal rumahtangga dan peribadi orang lain? Hari ini, manusia 'ditelanjangkan' sewenang wenangnya oleh sesiapa saja atas nama politik, business atau apa sahaja. Persoalan yg baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa keperluan kita membaca sesuatu berita yg tida manfaat lalu meminta penjelasan dgn cara menyebarkan pula di laman sosial? Apa bezanya kepada anda? Adakah sesuatu berita itu menambah keimanan kita kepada Allah atau menambah amalan di sisi Allah? Sedar atau tidak kita semua menjadi mangsa kepada media tanpa sempadan sepertimana berlaku di zaman ini. Lebih buruk lagi, kita tampil untuk meminta penjelasan pula di atas berita yg kita dgr tanpa mengambil kira perasaan keluarga yg terlibat. Saya ingin mengingatkan sahabat semua bahawa saya bukan artis atau celebrity yg harus diberi perhatian hatta di atas apa sahaja yg saya buat hari ini. Saya hanyalah seorang hamba Allah yg lemah dan dhoif, sekadar menyeru kepada kebaikan dan memberi perkongsian sesama Islam. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Anda semua boleh memberi apa saja komen tentang apa2 yg anda suka tapi persoalannya perlukah anda mencampuri urusan rumahtangga org lain? Bukankah lebih baik kita tanyakan sekiranya hal sedemikian berlaku kepada diri kita? Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada anda atau keluarga anda? Barangkali keseronokan media tanpa batas ini membuat kita alpa dan lupa tentang hadith Nabi saw,"Berkatalah yg baik ataupun diam." Apalagi yg anda mahu dgr selepas ini? Saya kahwin 2,3,4? Berpisah? Tanyakan hal yg sama kepada diri anda sebelum anda suka mendengar, membaca dan menyebarkan secara langsung atau tidak. 

Saya dengan ini dengan rasminya memberitahu kepada pihak terlibat dan semua yg membaca dan 'terbaca' supaya menghentikan kerja tidak bermanfaat ini dan buatlah sesuatu yg mencari redha di sisi Allah swt. Tolong fahami saya ada keluarga yg begitu terguris dan berkecil hati dgn fitnah yg berulangkali diulang tayang tanpa ada rasa bersalah dan segan silu daripada pihak terbabit. Semoga Allah ampuni dosa kita semua, Amin Ya Rabb..

^_^ v jadi jangan lah fitnah dan mengaibkan orang kerana ia adalah dosanya lebih besar daripada membunuh :)

Apa-apa pun kepada Sham Kamikaze ni semua adalah ujian daripada allah dan semoga orang yang menfitnah ini akan mendapat hidayah amin :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan