Sabtu, 14 April 2012

Bunny Wailer Lagenda Reggae Yang Dilupakan


Sudah menjadi lumrah didalam dunia muzik, seseorang pemuzik itu hanya akan diingati serta diberi penghormatan setelah kematiannya. Dunia raggae mempunyai seorang lagenda yang boleh dikatankan langsung tidak dikenali dunia walaupun bertanggungjawab membawa muzik ini ke persada muzik antarabangsa.
Peminat raggae dari serata dunia tentu akan kenal nama Bob Marley & The Wailers. 

Kumpulan The Wailers telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan diakui kumpulan raggae terbaik dan tiada tandingnya.
Disepanjang tahun 60-70an, kumpulan ini kerap menukar anggota dan diantara yang kekal adalah Bob Marley, Peter Tosh dan Bunny Wailer. The Wailers terkenal dengan lagu-lagu mereka seperti "Simmer Down", "Get Up Stan UP" dan banyak lagi.
Pada tahun 1974, The Wailers telah berpecah dan masing-masing mengejar karier solo. Seperti yang diketahui umum, Bob Marley telah menggunakan nama The Wailers untuk 'menakluki dunia' dan Peter Tosh juga terus memperjuangkan muzik raggae yang lebih agresif dan berjaya dikenali dunia. 
Cuma Bunny Wailer sahaja yang kurang diketahui umum terutamanya peminat diluar Jamaica. Mengapa ini terjadi dan mengapa Bunny Wailer tidak mendapat liputan dan diminati seperti rakan-rakannya yang lain? Mungkin disebabkan sifat Bunny Wailer itu sendiri yang merupakan seorang pendiam dan tidak suka ditemu bual.
namun Bunny tetap mendapat sambutan dikalangan peminat raggae yang setia setelah beliau malancarkan album solo pertamanya yang bertajuk "Blackheart Man" pada tahun 1976.  Album tersebut telah membuktikan kemampuan beliau seorang penulis lagu dan penyanyi raggae yang baik. 
Tahun 1981 menyaksikan kematian Bob Marley dan pada tahun 1987 pula Peter Tosh dibunuh. Dari saat itu, Bunny telah menumpukan seluruh tenaganya untuk memperkembangkan muzik sahabat-sahabatnya yang telah gugur. Konsert solo Bunny telah diadakan di Long Beach, Carlifornia pada tahun 1986, 10 tahun selepas beliau menghasilkan album pertamanya.ini merupakan salah satu sebab mengapa Bunny tidak tidak begitu dikenali - jarang sekali buat konsert. Album Bunny yang berikutnya juga mendapat sambutan yang baik dan berjaya memenangi tiga Anugerah Grammy pada tahun 1990, 1995 dan 1997.
pada tahun 1994 di Aspen, Colorado, Bunny telah mengadakan konsert dan satu perkara yang pelik telah berlaku. Ramai peminat telah nampak sepasang pelangi diatas kepalanya. Selepas persembahan tersebut Bunny berkata, "perkara ini tidak pernah berlaku keatas sebarang anggota Wailer dan ianya sungguh "dalam dan mistik".
Setelah lebih 30 tahun berkecimpung didalam dunia muzik, Bunny tetap setia kepada muzik  raggae yang diperjuangkan. Walaupun ada kalanya dikecam  kerana banyak menyanyikan lagu-lagu Bob Marley, namum peminat-peminatnya tetap menganggap bahawa Bunny adalah "The King Of Raggae", suatu penghormatan hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja. Bunny juga diharapkan dapat diiktiraf sebagai didalam Rock 'N' Roll Hall Of Fame bersama Bob Marley dan Peter Tosh.
Bunny juga telah menyiapkan biografinya yang bertajuk "Old Fire Stick" dan sebuah album.
Sumber R.O.T.T.W 2000.

1 ulasan: