Isnin, 16 April 2012

Anda Gila Gadgett?

Atari Arcade iPad Joystick
Kalau dah bosan dengan dengan bermain gamne yang menggunakan skrin sesentuh, anda kena cuba ini dan ban kembalikan kenangan silam bermain game arcade. Kayu ria atari didatangkan dengan kayu ria. 4 butang kawalan dan juga dock untuk meletakkan iPad. Saiznya kompak, tidak seperti kebanyakkan kayu ria retro untuk iPad yang lain.
Ia tidak memerlukan bateri untuk beroperasi dan menggunakan dock sambungan 30 pin untuk meletakkan iPad atau iPad 2 secara menegak.

Kelemahan : batang dan kayu ria kurang selesa dan keras. Hanya compatible dengan apps permainan atari.


Shogun Chameleon X-1 3 in 1
Mouse dilengkapi dengan sensor optic dengan resolusi yang boleh ubah sebanyak 5 peringkat sehingga ke 1600 dpi, 7 butang pelbagai guna da juga scroll wheel. Gamepad terdapat dibahagian bawah, dilengkapi 16 butang kawalan dan juga kayu ria analog. Sebagai alat kawalan jauh pula, ia memberi kawalan asas untuk kegunaan presentation seladin daripada kawalan untuk play, pause, menguatkan bunyi dan lain-lain. Terdapat 3 pilihan warna dan memerlukan satu bateri AA untuk beroperasi.

Kelemahan : pengguna barangkali merasa kekok pada pertama kali.

Soul by Ludacris SL300
Soul menawarkan ciri-ciri seperti active noise cancellation serta rekaan yang berlipat menjadikan soul pesaing yang paling hampir dengan Beats by Dre. Ditambah pula dengan bekas hard shell kabel penyambung yang detachable, Soul sememangnya berbaloi untuk wang anda. Soul didatangkan dengan 2 variasi hitam/putih dan emas serta sesuai untuk digunakan untuk mendengar muzik yang bass heavy seperti hip hop, rock dan R & B.

Kelemahan : kadangkala bunyi bass yang terlampau kuat sehingga menenggelamkan kualiti bunyi muzik.

Light Pick LED Guitar Pick
Zagg kini mempekenalkan peralatan hebat untuk meningkatkan karisma persembahan diatas pentas. Light Pick merupakan pemetik gitar yang bercahaya mengikut rentak strumming si pemain. Jadi anda boleh expect gitaris yang menggunakan pick ini dan persembahanya "sedikit meriah" dengan warna yang pelbagai. Light Pick juga dilengkapi sistem SST ( String Shock Technology) yang berfungsi dengan menyerap getaran daripada tali gitar lantas menghasilkan cahaya untuk lampu LED yang diletakkan didalam housing pick tersebut. reka bentuknya yang selesa walaupun sedikit tebal daripada pick biasa menjadikan Light Pick sebagai peranti yang berguna untuk persembahan pentas.

Kelemahan : Mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan