Isnin, 16 April 2012

Anda Gila Gadgett?

Atari Arcade iPad Joystick
Kalau dah bosan dengan dengan bermain gamne yang menggunakan skrin sesentuh, anda kena cuba ini dan ban kembalikan kenangan silam bermain game arcade. Kayu ria atari didatangkan dengan kayu ria. 4 butang kawalan dan juga dock untuk meletakkan iPad. Saiznya kompak, tidak seperti kebanyakkan kayu ria retro untuk iPad yang lain.
Ia tidak memerlukan bateri untuk beroperasi dan menggunakan dock sambungan 30 pin untuk meletakkan iPad atau iPad 2 secara menegak.

Kelemahan : batang dan kayu ria kurang selesa dan keras. Hanya compatible dengan apps permainan atari.


Shogun Chameleon X-1 3 in 1
Mouse dilengkapi dengan sensor optic dengan resolusi yang boleh ubah sebanyak 5 peringkat sehingga ke 1600 dpi, 7 butang pelbagai guna da juga scroll wheel. Gamepad terdapat dibahagian bawah, dilengkapi 16 butang kawalan dan juga kayu ria analog. Sebagai alat kawalan jauh pula, ia memberi kawalan asas untuk kegunaan presentation seladin daripada kawalan untuk play, pause, menguatkan bunyi dan lain-lain. Terdapat 3 pilihan warna dan memerlukan satu bateri AA untuk beroperasi.

Kelemahan : pengguna barangkali merasa kekok pada pertama kali.

Soul by Ludacris SL300
Soul menawarkan ciri-ciri seperti active noise cancellation serta rekaan yang berlipat menjadikan soul pesaing yang paling hampir dengan Beats by Dre. Ditambah pula dengan bekas hard shell kabel penyambung yang detachable, Soul sememangnya berbaloi untuk wang anda. Soul didatangkan dengan 2 variasi hitam/putih dan emas serta sesuai untuk digunakan untuk mendengar muzik yang bass heavy seperti hip hop, rock dan R & B.

Kelemahan : kadangkala bunyi bass yang terlampau kuat sehingga menenggelamkan kualiti bunyi muzik.

Light Pick LED Guitar Pick
Zagg kini mempekenalkan peralatan hebat untuk meningkatkan karisma persembahan diatas pentas. Light Pick merupakan pemetik gitar yang bercahaya mengikut rentak strumming si pemain. Jadi anda boleh expect gitaris yang menggunakan pick ini dan persembahanya "sedikit meriah" dengan warna yang pelbagai. Light Pick juga dilengkapi sistem SST ( String Shock Technology) yang berfungsi dengan menyerap getaran daripada tali gitar lantas menghasilkan cahaya untuk lampu LED yang diletakkan didalam housing pick tersebut. reka bentuknya yang selesa walaupun sedikit tebal daripada pick biasa menjadikan Light Pick sebagai peranti yang berguna untuk persembahan pentas.

Kelemahan : Mahal.

ORANG KUAT "SILENT DEATH" TENAT

Stone, kini masih terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur akibat serangan strok dan jangkitan virus dalam kepalanya. Bagi membantu bassis/vokalis tersebut sebuah tabung dilancarkan dalam usaha mengutip sumbangan bagi meringankan bebannya.
Sebarang sumbangan dan bantuan boleh disalurkan ke akaun pengurus Silent Death iaitu Zizi Hasyim (Maybank: 11409319166).

Sabtu, 14 April 2012

Bunny Wailer Lagenda Reggae Yang Dilupakan


Sudah menjadi lumrah didalam dunia muzik, seseorang pemuzik itu hanya akan diingati serta diberi penghormatan setelah kematiannya. Dunia raggae mempunyai seorang lagenda yang boleh dikatankan langsung tidak dikenali dunia walaupun bertanggungjawab membawa muzik ini ke persada muzik antarabangsa.
Peminat raggae dari serata dunia tentu akan kenal nama Bob Marley & The Wailers. 

Kumpulan The Wailers telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan diakui kumpulan raggae terbaik dan tiada tandingnya.
Disepanjang tahun 60-70an, kumpulan ini kerap menukar anggota dan diantara yang kekal adalah Bob Marley, Peter Tosh dan Bunny Wailer. The Wailers terkenal dengan lagu-lagu mereka seperti "Simmer Down", "Get Up Stan UP" dan banyak lagi.
Pada tahun 1974, The Wailers telah berpecah dan masing-masing mengejar karier solo. Seperti yang diketahui umum, Bob Marley telah menggunakan nama The Wailers untuk 'menakluki dunia' dan Peter Tosh juga terus memperjuangkan muzik raggae yang lebih agresif dan berjaya dikenali dunia. 
Cuma Bunny Wailer sahaja yang kurang diketahui umum terutamanya peminat diluar Jamaica. Mengapa ini terjadi dan mengapa Bunny Wailer tidak mendapat liputan dan diminati seperti rakan-rakannya yang lain? Mungkin disebabkan sifat Bunny Wailer itu sendiri yang merupakan seorang pendiam dan tidak suka ditemu bual.
namun Bunny tetap mendapat sambutan dikalangan peminat raggae yang setia setelah beliau malancarkan album solo pertamanya yang bertajuk "Blackheart Man" pada tahun 1976.  Album tersebut telah membuktikan kemampuan beliau seorang penulis lagu dan penyanyi raggae yang baik. 
Tahun 1981 menyaksikan kematian Bob Marley dan pada tahun 1987 pula Peter Tosh dibunuh. Dari saat itu, Bunny telah menumpukan seluruh tenaganya untuk memperkembangkan muzik sahabat-sahabatnya yang telah gugur. Konsert solo Bunny telah diadakan di Long Beach, Carlifornia pada tahun 1986, 10 tahun selepas beliau menghasilkan album pertamanya.ini merupakan salah satu sebab mengapa Bunny tidak tidak begitu dikenali - jarang sekali buat konsert. Album Bunny yang berikutnya juga mendapat sambutan yang baik dan berjaya memenangi tiga Anugerah Grammy pada tahun 1990, 1995 dan 1997.
pada tahun 1994 di Aspen, Colorado, Bunny telah mengadakan konsert dan satu perkara yang pelik telah berlaku. Ramai peminat telah nampak sepasang pelangi diatas kepalanya. Selepas persembahan tersebut Bunny berkata, "perkara ini tidak pernah berlaku keatas sebarang anggota Wailer dan ianya sungguh "dalam dan mistik".
Setelah lebih 30 tahun berkecimpung didalam dunia muzik, Bunny tetap setia kepada muzik  raggae yang diperjuangkan. Walaupun ada kalanya dikecam  kerana banyak menyanyikan lagu-lagu Bob Marley, namum peminat-peminatnya tetap menganggap bahawa Bunny adalah "The King Of Raggae", suatu penghormatan hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja. Bunny juga diharapkan dapat diiktiraf sebagai didalam Rock 'N' Roll Hall Of Fame bersama Bob Marley dan Peter Tosh.
Bunny juga telah menyiapkan biografinya yang bertajuk "Old Fire Stick" dan sebuah album.
Sumber R.O.T.T.W 2000.

Jumaat, 13 April 2012

SEBAB CHEWING GUM KENA BANNED KAT SINGAPORE


Rasanya pasti ramai yang dah tahu bahawa chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Thailand datang menziarahi Singapore, dia makan malam dengan raja PM Singapore. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat PM Thailang lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? 

PM Thailand: "kami tak buat apa. Kami buang aje". 

PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" 

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" 

PM Thailand: "kami tak buat apa, kami buang aje" 

PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand". 

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" 

PM Thailand: "Kami tak buat apa, kami! buang aje". 

PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand". 

Raja Siam plak tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?". 

PM Singapore jawab: "kami tak buat apa, kami buang aje.". 

PM Thailand: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore". 

Muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Thailand balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.

kenapa perlu iri hati? sham kamikaze difitnah


Gambar bersama isteri sebenar..

Baru-baru ni kita dengar cerita pasal Ustaz idrus difitnah dan kali ni sham kamikaze pula difitnah dengan ada salah seorang celebriti semoga orang yang menfitnah itu dapat hidayah ~

Sham kamikaze difitnah berkahwin baru semoga tuan punya blog ni
link
tak usah lah dengar sebelah pihak sahaja okie :) dan jangan lah asyik nak jatuh kan semua artis..k..

pengakuan daripada sham kamikaze

Assalamualaikum wbt. Saya mendapat byk pertanyaan berkenaan isu yg hangat diperkatakan sepanjang hari ini. Apa yg menghairankan saya ialah sejak bila kita dididik untuk mengambil tahu hal rumahtangga dan peribadi orang lain? Hari ini, manusia 'ditelanjangkan' sewenang wenangnya oleh sesiapa saja atas nama politik, business atau apa sahaja. Persoalan yg baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa keperluan kita membaca sesuatu berita yg tida manfaat lalu meminta penjelasan dgn cara menyebarkan pula di laman sosial? Apa bezanya kepada anda? Adakah sesuatu berita itu menambah keimanan kita kepada Allah atau menambah amalan di sisi Allah? Sedar atau tidak kita semua menjadi mangsa kepada media tanpa sempadan sepertimana berlaku di zaman ini. Lebih buruk lagi, kita tampil untuk meminta penjelasan pula di atas berita yg kita dgr tanpa mengambil kira perasaan keluarga yg terlibat. Saya ingin mengingatkan sahabat semua bahawa saya bukan artis atau celebrity yg harus diberi perhatian hatta di atas apa sahaja yg saya buat hari ini. Saya hanyalah seorang hamba Allah yg lemah dan dhoif, sekadar menyeru kepada kebaikan dan memberi perkongsian sesama Islam. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Anda semua boleh memberi apa saja komen tentang apa2 yg anda suka tapi persoalannya perlukah anda mencampuri urusan rumahtangga org lain? Bukankah lebih baik kita tanyakan sekiranya hal sedemikian berlaku kepada diri kita? Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada anda atau keluarga anda? Barangkali keseronokan media tanpa batas ini membuat kita alpa dan lupa tentang hadith Nabi saw,"Berkatalah yg baik ataupun diam." Apalagi yg anda mahu dgr selepas ini? Saya kahwin 2,3,4? Berpisah? Tanyakan hal yg sama kepada diri anda sebelum anda suka mendengar, membaca dan menyebarkan secara langsung atau tidak. 

Saya dengan ini dengan rasminya memberitahu kepada pihak terlibat dan semua yg membaca dan 'terbaca' supaya menghentikan kerja tidak bermanfaat ini dan buatlah sesuatu yg mencari redha di sisi Allah swt. Tolong fahami saya ada keluarga yg begitu terguris dan berkecil hati dgn fitnah yg berulangkali diulang tayang tanpa ada rasa bersalah dan segan silu daripada pihak terbabit. Semoga Allah ampuni dosa kita semua, Amin Ya Rabb..

^_^ v jadi jangan lah fitnah dan mengaibkan orang kerana ia adalah dosanya lebih besar daripada membunuh :)

Apa-apa pun kepada Sham Kamikaze ni semua adalah ujian daripada allah dan semoga orang yang menfitnah ini akan mendapat hidayah amin :)

Sabtu, 7 April 2012

~perjalanan_dan_pengertian_satu_kehidupan~: You're My Everything

~perjalanan_dan_pengertian_satu_kehidupan~: You're My Everything: you're my everything the sun that shanes above you makes the blue bird sing the stars that twinkle way up in the sky tell me i'm in l...
                 ~~merayau-merayau-merayau~~~
macam bodowh jer.....
plan muleII nak lepak kedai "mamak pachu"....
time on the way boleh pulak terserampak dengan awekII comel bawak avanza...
follow punyer follow terus sampai ipoh...
langsung makan kat  ipoh sambil lepakII cuci mate....hohoho....
awek tadi ilang ntah kemane...
nak carik awek laen macam malas jer...
maklom la dalam hati da lame ade taman....
cume kekadang kembang kekadang muncup jer...
finally,lepak nasik kandar de era,lumut.....
ape pon tak boleh......