Amazon MP3 Clips

Khamis, 9 Ogos 2012

jom join nie :)


Jumaat, 22 Jun 2012

AL-Khawarizmi - tokoh astronomi dan matematik yang terulung





Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.



            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.



PENDIDIKAN



            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matematik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’
  6. Al-Tarikh
  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.









            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq[pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].



            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.



            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.



Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

  1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

  1. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


  1. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Isnin, 16 April 2012

Anda Gila Gadgett?

Atari Arcade iPad Joystick
Kalau dah bosan dengan dengan bermain gamne yang menggunakan skrin sesentuh, anda kena cuba ini dan ban kembalikan kenangan silam bermain game arcade. Kayu ria atari didatangkan dengan kayu ria. 4 butang kawalan dan juga dock untuk meletakkan iPad. Saiznya kompak, tidak seperti kebanyakkan kayu ria retro untuk iPad yang lain.
Ia tidak memerlukan bateri untuk beroperasi dan menggunakan dock sambungan 30 pin untuk meletakkan iPad atau iPad 2 secara menegak.

Kelemahan : batang dan kayu ria kurang selesa dan keras. Hanya compatible dengan apps permainan atari.


Shogun Chameleon X-1 3 in 1
Mouse dilengkapi dengan sensor optic dengan resolusi yang boleh ubah sebanyak 5 peringkat sehingga ke 1600 dpi, 7 butang pelbagai guna da juga scroll wheel. Gamepad terdapat dibahagian bawah, dilengkapi 16 butang kawalan dan juga kayu ria analog. Sebagai alat kawalan jauh pula, ia memberi kawalan asas untuk kegunaan presentation seladin daripada kawalan untuk play, pause, menguatkan bunyi dan lain-lain. Terdapat 3 pilihan warna dan memerlukan satu bateri AA untuk beroperasi.

Kelemahan : pengguna barangkali merasa kekok pada pertama kali.

Soul by Ludacris SL300
Soul menawarkan ciri-ciri seperti active noise cancellation serta rekaan yang berlipat menjadikan soul pesaing yang paling hampir dengan Beats by Dre. Ditambah pula dengan bekas hard shell kabel penyambung yang detachable, Soul sememangnya berbaloi untuk wang anda. Soul didatangkan dengan 2 variasi hitam/putih dan emas serta sesuai untuk digunakan untuk mendengar muzik yang bass heavy seperti hip hop, rock dan R & B.

Kelemahan : kadangkala bunyi bass yang terlampau kuat sehingga menenggelamkan kualiti bunyi muzik.

Light Pick LED Guitar Pick
Zagg kini mempekenalkan peralatan hebat untuk meningkatkan karisma persembahan diatas pentas. Light Pick merupakan pemetik gitar yang bercahaya mengikut rentak strumming si pemain. Jadi anda boleh expect gitaris yang menggunakan pick ini dan persembahanya "sedikit meriah" dengan warna yang pelbagai. Light Pick juga dilengkapi sistem SST ( String Shock Technology) yang berfungsi dengan menyerap getaran daripada tali gitar lantas menghasilkan cahaya untuk lampu LED yang diletakkan didalam housing pick tersebut. reka bentuknya yang selesa walaupun sedikit tebal daripada pick biasa menjadikan Light Pick sebagai peranti yang berguna untuk persembahan pentas.

Kelemahan : Mahal.

ORANG KUAT "SILENT DEATH" TENAT

Stone, kini masih terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur akibat serangan strok dan jangkitan virus dalam kepalanya. Bagi membantu bassis/vokalis tersebut sebuah tabung dilancarkan dalam usaha mengutip sumbangan bagi meringankan bebannya.
Sebarang sumbangan dan bantuan boleh disalurkan ke akaun pengurus Silent Death iaitu Zizi Hasyim (Maybank: 11409319166).

Sabtu, 14 April 2012

Bunny Wailer Lagenda Reggae Yang Dilupakan


Sudah menjadi lumrah didalam dunia muzik, seseorang pemuzik itu hanya akan diingati serta diberi penghormatan setelah kematiannya. Dunia raggae mempunyai seorang lagenda yang boleh dikatankan langsung tidak dikenali dunia walaupun bertanggungjawab membawa muzik ini ke persada muzik antarabangsa.
Peminat raggae dari serata dunia tentu akan kenal nama Bob Marley & The Wailers. 

Kumpulan The Wailers telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan diakui kumpulan raggae terbaik dan tiada tandingnya.
Disepanjang tahun 60-70an, kumpulan ini kerap menukar anggota dan diantara yang kekal adalah Bob Marley, Peter Tosh dan Bunny Wailer. The Wailers terkenal dengan lagu-lagu mereka seperti "Simmer Down", "Get Up Stan UP" dan banyak lagi.
Pada tahun 1974, The Wailers telah berpecah dan masing-masing mengejar karier solo. Seperti yang diketahui umum, Bob Marley telah menggunakan nama The Wailers untuk 'menakluki dunia' dan Peter Tosh juga terus memperjuangkan muzik raggae yang lebih agresif dan berjaya dikenali dunia. 
Cuma Bunny Wailer sahaja yang kurang diketahui umum terutamanya peminat diluar Jamaica. Mengapa ini terjadi dan mengapa Bunny Wailer tidak mendapat liputan dan diminati seperti rakan-rakannya yang lain? Mungkin disebabkan sifat Bunny Wailer itu sendiri yang merupakan seorang pendiam dan tidak suka ditemu bual.
namun Bunny tetap mendapat sambutan dikalangan peminat raggae yang setia setelah beliau malancarkan album solo pertamanya yang bertajuk "Blackheart Man" pada tahun 1976.  Album tersebut telah membuktikan kemampuan beliau seorang penulis lagu dan penyanyi raggae yang baik. 
Tahun 1981 menyaksikan kematian Bob Marley dan pada tahun 1987 pula Peter Tosh dibunuh. Dari saat itu, Bunny telah menumpukan seluruh tenaganya untuk memperkembangkan muzik sahabat-sahabatnya yang telah gugur. Konsert solo Bunny telah diadakan di Long Beach, Carlifornia pada tahun 1986, 10 tahun selepas beliau menghasilkan album pertamanya.ini merupakan salah satu sebab mengapa Bunny tidak tidak begitu dikenali - jarang sekali buat konsert. Album Bunny yang berikutnya juga mendapat sambutan yang baik dan berjaya memenangi tiga Anugerah Grammy pada tahun 1990, 1995 dan 1997.
pada tahun 1994 di Aspen, Colorado, Bunny telah mengadakan konsert dan satu perkara yang pelik telah berlaku. Ramai peminat telah nampak sepasang pelangi diatas kepalanya. Selepas persembahan tersebut Bunny berkata, "perkara ini tidak pernah berlaku keatas sebarang anggota Wailer dan ianya sungguh "dalam dan mistik".
Setelah lebih 30 tahun berkecimpung didalam dunia muzik, Bunny tetap setia kepada muzik  raggae yang diperjuangkan. Walaupun ada kalanya dikecam  kerana banyak menyanyikan lagu-lagu Bob Marley, namum peminat-peminatnya tetap menganggap bahawa Bunny adalah "The King Of Raggae", suatu penghormatan hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja. Bunny juga diharapkan dapat diiktiraf sebagai didalam Rock 'N' Roll Hall Of Fame bersama Bob Marley dan Peter Tosh.
Bunny juga telah menyiapkan biografinya yang bertajuk "Old Fire Stick" dan sebuah album.
Sumber R.O.T.T.W 2000.

Jumaat, 13 April 2012

SEBAB CHEWING GUM KENA BANNED KAT SINGAPORE


Rasanya pasti ramai yang dah tahu bahawa chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Thailand datang menziarahi Singapore, dia makan malam dengan raja PM Singapore. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat PM Thailang lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? 

PM Thailand: "kami tak buat apa. Kami buang aje". 

PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" 

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" 

PM Thailand: "kami tak buat apa, kami buang aje" 

PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand". 

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" 

PM Thailand: "Kami tak buat apa, kami! buang aje". 

PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand". 

Raja Siam plak tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?". 

PM Singapore jawab: "kami tak buat apa, kami buang aje.". 

PM Thailand: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore". 

Muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Thailand balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.

kenapa perlu iri hati? sham kamikaze difitnah


Gambar bersama isteri sebenar..

Baru-baru ni kita dengar cerita pasal Ustaz idrus difitnah dan kali ni sham kamikaze pula difitnah dengan ada salah seorang celebriti semoga orang yang menfitnah itu dapat hidayah ~

Sham kamikaze difitnah berkahwin baru semoga tuan punya blog ni
link
tak usah lah dengar sebelah pihak sahaja okie :) dan jangan lah asyik nak jatuh kan semua artis..k..

pengakuan daripada sham kamikaze

Assalamualaikum wbt. Saya mendapat byk pertanyaan berkenaan isu yg hangat diperkatakan sepanjang hari ini. Apa yg menghairankan saya ialah sejak bila kita dididik untuk mengambil tahu hal rumahtangga dan peribadi orang lain? Hari ini, manusia 'ditelanjangkan' sewenang wenangnya oleh sesiapa saja atas nama politik, business atau apa sahaja. Persoalan yg baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa keperluan kita membaca sesuatu berita yg tida manfaat lalu meminta penjelasan dgn cara menyebarkan pula di laman sosial? Apa bezanya kepada anda? Adakah sesuatu berita itu menambah keimanan kita kepada Allah atau menambah amalan di sisi Allah? Sedar atau tidak kita semua menjadi mangsa kepada media tanpa sempadan sepertimana berlaku di zaman ini. Lebih buruk lagi, kita tampil untuk meminta penjelasan pula di atas berita yg kita dgr tanpa mengambil kira perasaan keluarga yg terlibat. Saya ingin mengingatkan sahabat semua bahawa saya bukan artis atau celebrity yg harus diberi perhatian hatta di atas apa sahaja yg saya buat hari ini. Saya hanyalah seorang hamba Allah yg lemah dan dhoif, sekadar menyeru kepada kebaikan dan memberi perkongsian sesama Islam. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Anda semua boleh memberi apa saja komen tentang apa2 yg anda suka tapi persoalannya perlukah anda mencampuri urusan rumahtangga org lain? Bukankah lebih baik kita tanyakan sekiranya hal sedemikian berlaku kepada diri kita? Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada anda atau keluarga anda? Barangkali keseronokan media tanpa batas ini membuat kita alpa dan lupa tentang hadith Nabi saw,"Berkatalah yg baik ataupun diam." Apalagi yg anda mahu dgr selepas ini? Saya kahwin 2,3,4? Berpisah? Tanyakan hal yg sama kepada diri anda sebelum anda suka mendengar, membaca dan menyebarkan secara langsung atau tidak. 

Saya dengan ini dengan rasminya memberitahu kepada pihak terlibat dan semua yg membaca dan 'terbaca' supaya menghentikan kerja tidak bermanfaat ini dan buatlah sesuatu yg mencari redha di sisi Allah swt. Tolong fahami saya ada keluarga yg begitu terguris dan berkecil hati dgn fitnah yg berulangkali diulang tayang tanpa ada rasa bersalah dan segan silu daripada pihak terbabit. Semoga Allah ampuni dosa kita semua, Amin Ya Rabb..

^_^ v jadi jangan lah fitnah dan mengaibkan orang kerana ia adalah dosanya lebih besar daripada membunuh :)

Apa-apa pun kepada Sham Kamikaze ni semua adalah ujian daripada allah dan semoga orang yang menfitnah ini akan mendapat hidayah amin :)